احلن وسهلن.....

سلامت داتع..
بسم الله الرحمن الرحيم...

Sabtu, Disember 19

ana jatuh cinta?n siapa?





ALAMAK!!!!!!!

Betul kah aku dah jatuh "CINTA" pada "DIA"?

pertemuan pertama ana dengan si dia di dalam kolej islam.Ana selalu tersenyum apabila terkenangkan si dia.Dia membuatkan hati ana tertarik untuk mendekati ALLAH.Alhamdulillah,akhirnya ana beranikan diri untuk mendekati si dia.MasyaALLAH!!!!!!!!!indahnya pertemuan kami. pada tanggal18.6.2009,ana didekati oleh seorang wanita,di samping wanita tersebut si dia bagaikan menarik perhatian ana.Terharunya ana,dapat bertemu dengan si dia.Agak lama juga ana mengambil masa untuk mengenali si dia.Macam2 dugaan yang si dia hadapi.Ini menguatkan ana untuk mendekati si dia.Setelah hampir 3 bulan ana mengenali si dia,ana mengambil keputusan untuk mendekatinya dengan lebih rapat.Ramai yang jeoulus denag hubungan kami..HUHUHUHUHU!!!ana redho,bagi ana itu adalah hak masing2.Sekarang giliran ana pulak untuk keluar berdating dengan si dia.Ana masih ingat lagi,pertama kali ana bepergian dengan si dia,orang sekeliling tak jemu2 pandang kearah kami.Si dia just cakap,"biarkan sahaja apa yang diorang cakap,k!kita kan pasangan couple yang serasi.diorang cemburu lar tuh!!hihihihihi...."Ana seraya tersenyum lega.Memang betul pun,kami pasangan top1o...hihihihihi.Mula2 tu mmglah agak malu nak keluar bersama si dia,tapi...lama2 ana dah tak malu..malah,kami memang tak boleh berpisah walaupun seminit.ana selalu terpikir"ana sesuai ker n dia tuh??".persoaln ini sentiasa berlegar2 di dalam kepala otak ana ni.sehinggalah satu eksiden berlaku.......

ana keluar bersama si dia sambil ditemani seorang rakan kolej ana pelajar perempuan yang baru masuk ke kolej ini sama n ana. Kami pergi ke sebuah kedai jam untuk membeli kad topup di area kuala kangsar. kedai jam ini kepunyaan bangsa Cina tentunya. Dalam kedai jam ini, mereka berselisih dengan pemuda Cina. Pemuda Cina itu lalu menegur sambil berkata, ‘Wah! Bagus…bagus…macam ni la bagus.’sambil merenung kearah ana dan si dia.kami berlalu tanpa menghiraukan teguran tersebut. Terkedu juga ana mendengar teguran demikian. Dalam ramai-ramai orang Islam sendiri tidak kira lelaki atau wanita, tua dan muda prejudis dengan cara ana yang keluar berdating n si dia, ada juga lelaki Cina yang kelihatan seperti non muslim yang menyukainya.

ana berfikir, ‘Apakah kaum muslimin yang prejudis itu menapis pandangannya dengan IMAN dan taqwa? Dan lelaki Cina itu tadi menyukainya semata-mata kerana ia sesuai dengan naluri?’.

Hanya Allah yang maha mengetahui.si dia di dalam kisah ini adalah 'SEHELAI PURDAH"...hihihiihi..hrap2 jgn salah paham..:)

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi ,jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.